Aset jenama Twitter

LOGO TWITTER / SEMUA ORANG BERBUAL MENGENAI BURUNG INI

Tanda Twitter termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama Twitter, logo Twitter, istilah “Tweet” dan apa-apa perkataan, frasa, imej atau gelaran lain yang mengenal pasti sumber atau asal usul mana-mana produk Twitter.

Muat turun fail logo

Apabila anda menggunakan logo dengan elemen grafik lain, pastikan anda memberikan logo kami sedikit ruang. Saiz minimum logo mestilah 16 piksel dan ruang kosong di sekeliling logo mestilah sekurang-kurangnya 150% daripada saiz logo itu sendiri.

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN / INI IALAH BURUNG, BUKAN KAPAL TERBANG

Tanda Twitter mewakili nilai teras jenama kami, daripada hubungan bermakna dalam masa nyata kepada ungkapan menonjol yang ringkas. Jangan persembahkan tanda ini dalam keadaan yang mencadangkan penajaan atau sokongan oleh Twitter, atau dalam cara yang mengelirukan Twitter dengan jenama lain. Sentiasa gunakan logo Twitter rasmi kami yang tidak diubah suai untuk mewakili Twitter.

Jangan:

  • Menggunakan gelembung pertuturan atau perkataan di sekeliling logo
  • Memutar atau mengubah arah logo
  • Menganimasikan logo
  • Mengelilingi logo dengan burung atau haiwan lain
  • Tukar warna logo 
  •  Memberikan sifat manusia pada logo
  • Menambah kesan khas pada logo
  • Menggunakan versi lama logo, logo sebelumnya atau sebarang tanda yang mungkin dikelirukan dengan jenama

WARNA RASMI TWITTER / TIADA YANG SEHEBAT WARNA BIRU SEBENAR

 
TIPOGRAFI / HURUF

Kami percaya bahawa kuasa kata-kata diperkukuhkan oleh bentuknya. Disebabkan ini, kami menggunakan terutamanya keluarga fon Gotham — anggun dan mesra.

Gotham Narrow, dalam huruf tebal dan wajaran buku

MENGGUNAKAN LOGO / KUNCINYA

 

Untuk mengekalkan standard jenama Twitter, jarak antara logo dan hashtag, nama pengguna atau teks perlu tepat. Dengan menggunakan tanda Twitter, anda bersetuju untuk mengikuti Syarat Perkhidmatan dan peraturan serta dasar Twitter.

 
ANATOMI TWEET / KEPALA, BAHU, TWEET DAN JARI KAKI

Tweet merupakan elemen jenama kami yang paling menonjol, maka adalah penting Tweet digambarkan dengan betul. Dalam bentuk paling biasa, Tweet terdiri daripada @namapengguna, teks Tweet dan cap masa. Untuk panduan mengenai cara memaparkan Tweet dalam pelbagai konteks, sila lihat keperluan paparan kami.

 
GLOSARI TWITTER / LEBIH BANYAK ANDA KETAHUI

Kami sering kali menggunakan terminologi khusus untuk membincangkan produk dan pengalaman kami. Ingat bahawa Tweet dn Tweet Semula mesti sentiasa dijadikan huruf besar dalam bentuk kata nama dan kata kerja.

Mesej Langsung

Mesej Langsung ialah mesej peribadi antara penghantar dan penerima. Tweet yang dihantar melalui SMS menjadi mesej apabila bermula dengan “d nama pengguna” untuk menentukan kepada siapa mesej ditujukan.

Hashtag

Hashtag (simbol #) digunakan untuk menandakan kata kunci atau topik dalam Tweet. Tweet dengan hashtag yang sama dihimpun bersama untuk pelayaran khusus subjek yang mudah, yang boleh diakses dengan mengklik teks berhiperpautan.

@Namapengguna

Tanda @ digunakan untuk menyebut nama pengguna dalam Tweet. Apabila nama pengguna didahului oleh tanda @, ia menjadi pautan kepada profil Twitter.

Aliran

Aliran ialah topik atau subjek yang ditentukan menggunakan algoritma sebagai salah satu perkara paling popular di Twitter pada masa ini.

Tweet

Tweet ialah mesej yang disiarkan melalui Twitter yang mengandungi 140 aksara atau kurang.

Tweet Semula

Tweet Semula ialah Tweet daripada pihak ketiga yang telah direplikasikan dalam garis masa Twitter pengguna lain, dengan mengekalkan atribusi asal. Tweet Semula seringkali digunakan untuk berkongsi berita atau penemuan bermakna di Twitter.

Pengesahan

Lencana disahkan yang ditempatkan di sebelah @namapengguna Twitter pengguna untuk menunjukkan bahawa sumber yang sah menulis Tweet pada akaun ini. Ini kadangkala digunakan pada akaun yang mengalami kekeliruan identiti di Twitter.

Iklan Twitter

Platform Iklan Twitter terdiri daripada Tweet Dipromosikan, Aliran Dipromosikan dan Akaun Dipromosikan. Produk-produk ini membolehkan perniagaan membayar untuk mempromosikan kandungan hebat di platform Twitter.

 
ASET RASMI / PERKONGSIAN ADALAH BAIK

Tidak kira tempat ia muncul, aset rasmi Twitter perlu sentiasa berfungsi seperti yang sepatutnya dalam aplikasi kami.

Butang Ikuti

Permudahkan bagi pengguna untuk mengikuti akaun Twitter dari sebarang halaman web.

Kad Twitter

Gunakan kad untuk memaparkan pratonton foto, video, media dan URL dalam persembahan yang cantik dan segera.

Butang Tweet

Benarkan orang berkongsi tapak web atau halaman anda dengan menTweet kandungan anda kepada pengikut mereka.

Tweet Terbenam

Benamkan sebarang Tweet dan benarkan pembaca membalas, Tweet Semula atau menggemari Tweet tanpa meninggalkan halaman anda.

 



SUMBER TWITTER / BANTU KAMI MEMBANTU ANDA

Dengan menggunakan tanda Twitter, anda bersetuju untuk mematuhi dasar ini serta Syarat Perkhidmatan kami dan semua peraturan serta dasar Twitter.

Twitter Inc., berhak untuk membatalkan, mengubah suai atau mengubah kebenaran dalam dasar ini pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penggunaan nama dan tanda dagangan Twitter, e-mel trademarks@twitter.com.