Pasukan kepimpinan Twitter

 
KEPIMPINAN / PASUKAN EKSEKUTIF + LEMBAGA PENGARAH

Jack Dorsey
CEO

Anthony Noto
COO & CFO

Vijaya Gadde
Penasihat Undang-undang

PASUKAN EKSEKUTIF / BIOGRAFI

 

__________________

JACK DORSEY
Ketua Pegawai Eksekutif
@jack

Jack ialah CEO @Twitter, CEO & Pengerusi Square dan pengasas bersama kedua-duanya. Beliau juga berkhidmat dalam Lembaga Pengarah The Walt Disney Company.

__________________

ANTHONY NOTO
Ketua Pegawai Operasi & Ketua Pegawai Kewangan
@anthonynoto

Anthony ialah Ketua Pegawai Operasi(COO) di Twitter, menyelia operasi perniagaan syarikat serta organisasinya yang menjana pendapatan termasuk jualan pengiklanan global, perkongsian global, pembangunan perniagaan, kandungan siaran langsung, data, produk pendapatan dan MoPub.

Anthony juga terus berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Twitter, jawatan yang disandangnya sejak Julai 2014, sementara syarikat mencari CFO baru. Sebagai CFO, beliau menyelia operasi kewangan syarikat, pembangunan dan strategi korporat. Sebelum menyertai Twitter, Anthony merupakan rakan kongsi dan Ketua Tekhnologi, Media dan Kumupulan Perbankan Pelaburan Telekom di Goldman Sachs & Co. dari 2010 hingga 2014.

Dari 2008 hingga 2010, Anthony merupakan Ketua Pegawai Kewangan National Football League. Beliau mengetuai liga tersebut untuk mengharungi krisis kewangan dan kebanyakan urus niaga yang mentransformasikan perniagaan medianya. Dari 1999 hingga 2007, beliau memegang pelbagai jawatan di Goldman Sachs, termasuk Rakan Kongsi dalam divisyen Penyelidikan Ekuiti, juruanalisis Internet utama dan juruanalisis Penyelidikan Media dan Hiburan Ekuiti.

Anthony memegang ijazah B.S. dalam Kejuruteraan Mekanikal daripada Akademi Tentera Amerika Syarikat dan M.B.A. daripada Wharton School, Universiti Pennsylvania.

__________________

VIJAYA GADDE
Penasihat Undang-undang
@vijaya

Vijaya Gadde (VIJ-ee-yah GAD-ee) ialah Ketua Peguam Twitter, mengetuai pasukan undang-undang, amanah dan keselamatan serta dasar awam syarikat. Sebelum ini beliau berkhidmatan sebagai Pengarah Undnag-undang di Twitter, di mana beliau mengurus pasukan undang-undang antarabangsa dan korporat. Sebelum menyertai Twitter pada 2011, Vijaya merupakan Pengarah Kanan, Undang-undang di Juniper Networks; sebelum itu, selama hampir sedekad, beliau merupakan sekutu di Wilson Sonsini Goodrich & Rosati. Semasa di WSGR, Vijaya bertindak sebagai peguam kepada Kumpulan Kerja Proksi dan Jawatankuasa Pentadbiran Korporat Bursa Saham New York.

Beliau menerima J.D. daripada School of Law, Universiti New York dan B.S dalam Hubungan Industri dan Buruh daripada Universiti Cornell.

__________________

LESLIE BERLAND
Ketua Pegawai Pemasaran
@leslieberland

Leslie ialah Ketua Pegawai Pemasaran, bertanggungjawab bagi pengguna global, produk dan pemasaran jualan serta komunikasi Twitter.

Sebelum menyertai syarikat pada tahun 2016, beliau merupakan Naib Presiden Eksekutif, Pengiklanan, Pemasaran & Perkongsian Digital Global di American Express. Apabila menyertai American Express pada tahun 2005, Leslie mengetuai pasukan global yang bertanggungjawab bagi mewujudkan pasaran melalui pelbagai produk, pemasaran dan pengalaman pelanggan di seluruh dunia. Sebagai seorang ahli pasukan pengurusan global syarikat tersebut, Leslie menyelia pengiklanan, media, penajaan, kandungan, identiti jenama dan perkongsian digital. Para peringkat awal kerjaya beliau, Leslie mengetuai PR dan strategi komunikasi dalam talian untuk jenama global di pihak agensi. Beliau memperoleh B.S dari Kolej Komunikasi, Universiti Boston.

__________________

ROBERT KAIDEN
Ketua Pegawai Perakaunan
@Robert_Kaiden

Sebagai CAO, Robert mempunyai pengawasan langsung ke atas fungsi pengawalan kami, pengawalan antarabangsa dan cukai korporat. Sebelum menyertai Twitter, Robert ialah Rakan Kongsi di Deloitte & Touche LLP, di mana beliau telah berkhidmat lebih 25 tahun dan telah berkhidmat sebagai rakan audit utama ke atas beberapa klien hospitaliti dan teknologi awam global yang besar. Semasa di Deloitte, beliau telah membangunkan latar belakang antarabangsa yang kukuh, membina dan mengetuai pasukan berbilang fungsi yang besar, menyokong transaksi pasaran modal yang rumit dan mengetuai beberapa inisiatif audit kebangsaan. Beliau juga telah berkhidmat sebagai Ketua Turus kepada CEO Deloitte & Touche LLP.

Robert mempunyai M.B.A. daripada The Wharton School, MS dalam Perakaunan daripada Universiti Hartford dan B.A. daripada Hamilton College.



LEMBAGA PENGARAH

Omid Kordestani
Pengerusi Eksekutif
@omidkordestani

Jack Dorsey
CEO, Twitter;
CEO, Square
@jack

Peter Fenton
General Partner, Benchmark Capital
@peterfenton

Hugh Johnston
Naib Pengerusi dan Ketua Pegawai Kewangan, PepsiCo, Inc.
@hughjohnston

Martha Lane Fox
Pengasas dan Pengerusi, doteveryone.org.uk; Pengerusi, MakieLab; Crossbench Peer
in Dewan Pertuanan
@Marthalanefox

Debra L. Lee
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, BET Networks
@IamDebraLee

David Rosenblatt
CEO, 1stdibs.com, Inc.
@rosenblattdavid

Marjorie Scardino
Pengerusi, MacArthur Foundation
@marjscar

Bret Taylor
CEO dan Pengasas Bersama, Quip
@btaylor

Evan Williams
CEO, Medium; CEO, Obvious Corp.
@ev